Oh! Negara
Polis Siasat Anggota Trafik Berkaitan Video Sekatan Jalan Raya Tular
Satu rakaman sekatan jalan raya berhampiran The Mines kini menjadi bualan hangat selepas video tersebut tular di media sosial. Pihak polis tidak berdiam diri dan sudah memulakan siasatan terhadap tiga anggotanya yang terlibat.
Siasat sekatan jalan raya ikut SOP atau tidak…
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, mengesahkan bahawa video berdurasi 1 minit 19 saat itu menunjukkan tiga anggota trafik menjalankan sekatan antara jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari.
Namun, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi sepenuhnya atau sebaliknya.
Tiada kompromi jika ada salah laku…
Menurut Anbalagan, IPD Serdang tidak akan bertolak ansur jika terdapat sebarang pelanggaran garis panduan dalam operasi tersebut.
Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan.- Katanya.
Sementara itu, netizen sudah mula membuat pelbagai andaian di media sosial, ada yang mempersoalkan tujuan sebenar sekatan jalan raya tersebut.
#ApaKataOhmedia
Isu sebegini memang cepat tarik perhatian, tapi penting untuk kita tunggu hasil siasatan sebelum buat kesimpulan. Kalau ada salah laku, semoga tindakan tegas diambil. Kalau tidak, harapnya ini jadi pengajaran supaya ketelusan dalam tugas sentiasa diutamakan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro