Oh! Artis
Suami Datuk Nora Dakwa Isteri Pertama Fitnah, Dedah Wujud Desakan Ceraikan Madu
Kemelut rumah tangga membabitkan penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin terus mencuri perhatian apabila suaminya, Dr. Rushdi Ramli akhirnya tampil membuka mulut mempertahankan kenyataan isteri keduanya itu.
Menurutnya, dakwaan kononnya beliau menceraikan Nora atas kehendak sendiri seperti yang dinyatakan oleh isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno adalah tidak benar dan bersifat fitnah.
Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitnah besar kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul Universiti Malaya (UM), berkata tujuan kenyataan ini dibuat bukan untuk mengeruhkan suasana tetapi demi membersihkan nama dan menjelaskan keadaan sebenar.
Wujud desakan untuk ceraikan Nora…

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Rushdi mendedahkan bahawa penceraian yang berlaku ke atas Nora sebelum ini berpunca daripada tekanan yang diterima daripada pihak ketiga.
Saya ingin menyatakan terdapat bukti wujudnya desakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora.- Jelasnya.
Malah, beliau juga mengakui telah merujuk semula perkahwinannya dengan Nora selepas kejadian itu. Walaupun memahami emosi isteri pertama yang berasa dimadukan tanpa pengetahuan, Rushdi menegaskan bahawa itu bukan alasan untuk memaksa beliau menjatuhkan talak.
Harap kemelut rumah tangga diselesaikan dengan harmoni…

Dr. Rushdi dalam masa yang sama menyeru agar konflik yang berlaku antara kedua-dua isterinya diselesaikan secara aman dan penuh hikmah. Baginya, kasih sayang terhadap kedua-dua isteri tetap utuh dan tidak berubah.
Saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.
Saya amat berharap saya dan isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga jannah-Nya.- Luahnya.
Terdahulu, Rose Aliza yang juga isteri pertama telah menafikan dakwaan Nora menerusi satu hantaran di Facebook pada 19 Mac lalu dan menegaskan beliau serta anak tidak menjadi punca penceraian tersebut.
BACA: Madu Nora Ariffin Akhirnya Buka Mulut, Jelaskan Fitnah Yang Tersebar
#ApaKataOhmedia
Setiap rumah tangga pasti ada ujian dan cabarannya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan dan kepercayaan. Dalam apa jua situasi, komunikasi dan kejujuran sangat penting untuk elakkan salah faham yang boleh mencetuskan kemelut berpanjangan.
Hormatilah perasaan semua pihak terlibat dan jika mampu, elakkan mengheret isu peribadi ke ruang umum agar tidak mencetuskan lebih banyak kekeliruan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM