Connect with us

Oh! Media

Madu Nora Ariffin Akhirnya Buka Mulut, Jelaskan Fitnah Yang Tersebar

madu nora

Trending

Madu Nora Ariffin Akhirnya Buka Mulut, Jelaskan Fitnah Yang Tersebar

Penyanyi Datuk Nora Ariffin hari ini mengejutkan ramai apabila membuat permohonan cerai terhadap suaminya.

Nora mendakwa perpisahan berlaku disebabkan desakan oleh orang ketiga dan madunya sendiri.

IKLAN

BACA: Nora Ariffin Fail Cerai, Dedah Mesej Isteri Pertama Desak Berpisah

Tampil menjelaskan situasi sebenar, madu Nora iaitu Rose Aliza tampil mempertahankan diri. Rose menegaskan bahawa beliau tidak pernah memaksa suaminya untuk menceraikan madu seperti yang didakwa sebelum ini.

Mahu jernihkan keadaan, tiada niat buka aib

Menurutnya, apa yang berlaku adalah satu keputusan yang dibuat oleh suami sendiri berdasarkan situasi yang telah terjadi.

nora ariffin

Rose turut menjelaskan bahawa tulisan yang dimuat naik oleh madu sebelum ini hanyalah luahan emosi daripada dirinya ketika pertama kali mengetahui suami kahwin senyap-senyap.

Mesej dihantar pada 2019, ketika baru tahu suami poligami

Lebih mengejutkan, Rose mendakwa bahawa segala tulisan yang dikaitkan dengannya sebenarnya merupakan catatan lama dari tahun 2019.

madu nora

Dakwanya, pada waktu yang sama ada seorang insan merayu supaya suami menceraikan madunya disebabkan hal-hal tertentu dan bersandarkan pengalaman hidup sebagai anak dalam keluarga berpoligami.

Akhirnya suami saya akur dengan permintaan insan tersebut (Perkara ini dalam pengetahuan dan makluman madu saya) dan telah melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya termasuk arwah Alif serta dirakamkan atas permintaan insan tersebut.

Kejadian berlaku pada tahun 2019. Tidak ada pun panggilan telefon daripada saya atau sesiapa selepas subuh yang memaksa suami saya untuk menceraikannya seperti yang didakwa dalam media sosial. (Malangnya video yang sepatutnya disimpan telah dimuat naik pada 12 Ogos 2024)

Rose turut menegaskan bahawa beliau sudah lama berdamai dengan keadaan dan tidak mahu lagi menyimpan dendam terhadap sesiapa.

Malah, beliau sendiri telah memohon maaf kepada madu pada tahun 2021 dan menganggap segala yang berlaku sudah selesai dengan baik.

Dirinya dan anak sudah minta maaf

nora ariffin

Dalam kenyataannya, Rose turut berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan nama baik anaknya, Alia yang turut terkesan akibat kontroversi ini.

Katanya, Alia pernah menulis sesuatu kepada madu pada tahun 2020 kerana marah terhadap situasi tersebut, namun tulisan itu sudah lama dipadam dan anaknya juga telah memohon maaf secara peribadi.

Namun begitu, beliau terkilan apabila perkara lama itu kini dikitar semula untuk menimbulkan spekulasi buruk terhadap anaknya.

Sebagai seorang ibu, Rose tidak mahu nama baik anaknya terus terjejas kerana kesilapan yang telah lama disesali.

madu nora

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Rose Aliza


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas