Connect with us

Oh! Media

Enam Kakitangan ERA FM Dipanggil Ke Bukit Aman

Ohmedia kakitangan era fm ke bukit aman

Oh! Artis

Enam Kakitangan ERA FM Dipanggil Ke Bukit Aman

Seramai enam kakitangan Era FM, termasuk tiga penyampai radio terkenal iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin Amir, dijangka hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan.

Mereka akan disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, di mana keenam-enam individu ini dijadualkan tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar pukul 11 pagi.

IKLAN

Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis telah dibuat di seluruh negara mengenai isu ini.

Disiasat di bawah kanun Keseksaan dan Akta Multimedia…

Image

Menurut Tan Sri Razarudin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian atau perasaan permusuhan berasaskan agama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isu ini timbul selepas seorang jurutera berusia 44 tahun membuat laporan polis mengenai sebuah video yang tular di media sosial.

Video itu didakwa memaparkan beberapa kakitangan Era FM meniru tarian kavadi Hindu sambil bersorak ‘Vel, Vel’ diikuti dengan gelak tawa, yang dianggap mempersendakan tradisi penganut agama Hindu.

Ohmedia kakitangan era fm ke bukit aman

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Utusan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas