Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Pernah Tak Kerja” – Nabil Ahmad Menangis Dapat Surat Direhatkan

Nabil Ahmad

Oh! Artis

“Saya Tak Pernah Tak Kerja” – Nabil Ahmad Menangis Dapat Surat Direhatkan

Umum sedia maklum, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad kini berdepan hukuman gantung tugas disebabkan isu kontroversi mempersenda ritual agama lain.

BACA: Nabil, Azad Dan Radin Tetap Direhatkan Pihak ERA FM

Dalam sesi podcast bersama Aidid Marcello, Nabil berkata, dia menerima surat direhatkan itu selepas selesai memberi keterangan di balai polis Bukit Aman.

IKLAN

Mental Nabil terjejas, menangis di masjid

Dalam keadaan terkejut, Nabil menuju ke masjid Bandar Utama dan menangis sepuas hati memikirkan masa depan keluarganya.

@aididitmyway

Bayangkan besarnya ujian bila dapat tahu direhatkan dari kerja. Air mata berjurai di masjid sambil fikir masa depan anak-anak dan impian pendidikan mereka🥲 Sebuah kisah perjuangan dan pengorbanan yang penuh inspirasi 🤲🏻 Tonton episod penuh di AididItMyWay. #aididitmyway #AIMW #podcast #aididmarcello #nabilahmad #nasihat #kerja @Aidid.Marcello @Nabilahmad

♬ original sound – AididitMyWay – AididitMyWay

Kongsi pelawak ini lagi, waktu itu dia terfikir sama ada kariernya sudah menemui penamat.

Dah habis ke? Eh ini dah dekat hujung ke ni? Dah habis ke? Aku dah kena start jual kopi ke ni? Aku nak jual apa ni? Saya tak pernah tak kerja, kalau cuti pun dua minggu sebab mohon cuti. Tapi ini dalam keadaan kau tengah kerja, saya perlukan kerja tu, anak-anak tengah membesar.

Nabil mengaku mentalnya terjejas memikirkan kerjaya dan nama yang selama ini dibina hancur begitu je.

Kerjaya tak ada backup, Nabil fikir anak-anak

Nabil

Menurut Nabil lagi, selama ini dia mengharungi naik dan turun kerjaya seorang diri dan hidupnya umpama musnah apabila membaca surat direhatkan dari tugasan.

Jelasnya, itulah realiti sebenar seorang anak seni di mana tiada jaminan dan boleh berakhir pada bila-bila masa.

#ApaKataOhmedia

Semoga Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad dapat tampil menjadi lebih kuat selepas ini. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Nabil Ahmad

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @aididitmyway


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas