Kes Covid-19 di Selangor semakin meningkat di mana 12 orang pekerja Tropicana Golf & Country Resort positif Covid-19 hari ini. Secara keseluruhannya seramai 23 orang dari kelab golf itu telah dijangkiti virus tersebut. Oleh yang demikian, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dijalankan pada asrama pekerja di Jalan Tropicana untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Untuk pengetahuan korang, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan untuk menutup operasi kepada pihak pengurusan kelab golf 2 hari lepas. Walaubagaimanapun, mereka tetap meneruskan operasi seperti biasa selepas pemeriksaan dilakukan semalam. Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Damansara.
Dua kertas siasatan telah dibuka selepas kelab golf berkenaan kerana ingkar terhadap arahan yang dikeluarkan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kesemua pekerja yang positif Covid-19 akan dihantar ke Sungai Buloh untuk diberikan rawatan
OHMEDIA: SEMOGA PKPD YANG DIKENAKAN DAPAT MENGURANGKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 DI LOKASI TERBABIT
+ Baca respon pembaca lagi 12 orang pekerja Tropicana Golf & Country Resort positif Covid-19
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.