Connect with us

Oh! Media

Tunggakan Buy Now Pay Later Cecah RM1.42 Bilion, Rakyat Malaysia Makin Banyak Hutang?

Ohmedia bnpl

Oh! Tidak

Tunggakan Buy Now Pay Later Cecah RM1.42 Bilion, Rakyat Malaysia Makin Banyak Hutang?

Kemudahan ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL) membolehkan pengguna membeli barangan terlebih dahulu dan membayarnya kemudian.

Malah, pengguna boleh memilih untuk membayar secara ansuran dan tanpa faedah. Di Malaysia, kaedah ini semakin popular terutama dalam kalangan pembeli online.

Jumlah tunggakan Buy Now Pay Later melonjak mendadak

Namun, kaedah ini dikhuatiri memberi kesan buruk kepada pengguna dan memerangkap mereka dengan hutang yang banyak.

IKLAN
Hutang

Menerusi perkongsian daripada The Futurizts di laman X, jumlah tunggakan bayaran BNPL kini telah mencecah RM1.42 bilion pada 2024 berbanding RM0.7 bilion pada 2023.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan drastik hanya dalam tempoh setahun. Berdasarkan laporan, platform seperti Grab, Shopee, dan Atome menguasai hampir 96 hingga 97 peratus daripada jumlah keseluruhan transaksi BNPL di Malaysia.

Dilaporkan, sebahagian besar transaksi BNPL membabitkan barangan dengan harga lingkungan RM40 hingga RM500 dengan purata transaksi sekitar RM84.

Pakar ekonomi pernah tulis mengenai bahana BNPL

Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia menggunakan kaedah bayaran ini bukan untuk barangan mahal je, tetapi untuk keperluan harian seperti makanan, hiburan dan peralatan rumah.

Sementara itu, Profesor Ekonomi Prof Baharom Abdul Hamid dalam laporan Ekonomi Rakyat pernah menegaskan mengenai bahana BNPL dalam golongan belia.

Jelasnya, golongan ini akan digoda untuk mengamalkan gaya hidup yang mereka sebenarnya tidak mampu.

#ApaKataOhmedia

Pendek kata, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu mengikut nafsu hingga akhirnya memerangkap diri dalam hutang. Ingat! Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ohmedia bnpl

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: The Futurizts | Ekonomi Rakyat


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas