Oh! Artis
Dakwaan Emma Maembong Kahwin Deejay Kelab Malam, Ini Respon Adiknya
Tiada angin tiada ribut tular dakwaan mengatakan pelakon popular, Emma Maembong sudah kembali bergelar isteri.
BACA: Emma Maembong Akhirnya Bersuara, Dedah Punca Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga!
Memetik laporan Utusan, spekulasi tersebut timbul selepas Emma dan seorang deejay kelab malam bernama DJ Kidd dikatakan sedang bercuti di negara seberang.
Chacha Maembong tak tahu, baru balik kerja

Menjawab kepada dakwaan itu, adik Emma iaitu Chacha Maembong terkejut dan enggan memberikan apa-apa komen kerana tidak tahu.
Saya baru balik kerja dan kini berada di rumah. Oleh sebab saya tidak pernah dengar gosip mengenai itu, saya tidak mahu beri komen.
Nampaknya, usaha pihak media untuk menghubungi Emma sendiri bertanyakan hal tersebut gagal apabila panggilan tidak dijawab.
Emma umum berpisah dengan bekas suami 7 Oktober
Terdahulu, Emma Maembong mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah berpisah dengan Muhammad Shazli Azhar.

Pengumuman pada 7 Oktober 2024 itu dibuat setelah Emma selesai iddah tanpa menjelaskan punca sebenar perpisahan.
#OhmediaNasihat
Kalau betul Emma dah temui pengganti apa salahnya kan? Benda yang baik mestilah harus dipercepatkan. Didoakan semoga selebriti ini kekal bahagia bersama orang tersayang. Apa-apa pun kita tunggu kesahihan daripada Emma sendiri okay?

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM