Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Akhirnya Bersuara, Dedah Punca Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga!

Ohmedia img 3954

Oh! Artis

Emma Maembong Akhirnya Bersuara, Dedah Punca Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga!

Pelakon jelita, Emma Maembong akhirnya bersuara selepas bercerai dengan bekas suaminya, Shazli Azhar pada 7 Oktober lepas.

Menurut laporan mStar, Emma menjelaskan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat bersama secara baik tanpa melibatkan kehadiran pihak ketiga.

Kalau fasal peribadi memang saya tak akan cerita apa-apa. Tiada orang ketiga, semuanya tiada. Kami berpisah cara baik, tidak bergaduh, dan kedua-duanya faham.

Kita reda dan percaya jodoh di tangan Allah. Kita hanya berdoa dan tak perlu risau.

Emma Maembong mahu fokus anak-anak dan kerjaya

23960d10 6f83 4b71 858c 4ee71571c2f3

Emma kini memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada dua perkara utama dalam hidupnya iaitu anak-anak dan kerjaya. 

IKLAN

Katanya, dia tidak mahu membuang masa memikirkan perkara yang tidak penting, termasuk membaca komen negatif di media sosial.

Saya hanya fokus pada anak-anak dan kerja. Kalau nampak apa-apa pasal saya di TikTok, saya ‘skip’ demi kesihatan mental saya.

Emma turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu memberi ruang kepada sebarang konflik atau kontroversi dengan bekas suaminya.

Jaga anak secara adil dan bersama

B9410b54 972a 4d4e 8bef 1822f65e7cb4

Perceraian ini juga tidak menjejaskan hubungan mereka dalam menjaga anak-anak. Emma dan Shazli memilih untuk sama rata dalam hak penjagaan anak-anak demi kebaikam.

Tak semestinya kalau kita bercerai, kita kena benci atau bergaduh. Anak-anak tak patut jadi mangsa.

Emma juga berkata kepentingan menjaga hubungan baik demi adalah demi memastikan kebahagiaan anak-anak mereka tidak terjejas.

Ayah mereka tetap hero, dan saya superwoman mereka. Jadi, tak perlu gaduh atau berebut anak.

#OhmediaNasihat

Jodoh dan takdir adalah ketentuan Allah yang tidak boleh kita kawal. Jika menghadapi situasi seperti ini, sentiasa utamakan keharmonian, terutama demi anak-anak. 

Jangan jadikan perpisahan sebagai alasan untuk mencetuskan konflik. Fokus kepada membina kehidupan baru yang lebih tenang dan positif.

Ohmedia img 3954

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas