Oh! Tidak
Pasangan Dari Neraka Rakam Aksi Aniaya Ibu Yang Lumpuh Sampai Trauma
Tanpa ibu, kita tak ada di muka bumi ini dan sepatutnya kita hargai pengorbanan dia. Namun, lain pula bagi lelaki yang berusia 51 tahu ni kerana dia sanggup zalimi ibu sendiri.
BACA: Tyzo Hanya Minta Naik Gaji RM500, Dedah Punca Sebenar Rasa Teraniaya
Menurut laporan tvOnenews.com, kejadian yang berlaku di Pekanbaru, Riau mengejutkan orang ramai kerana seorang anak sanggup memukul ibu kandungnya yang lumpuh berkali-kali di rumahnya sendiri.
Bukan itu sahaja, menantunya sanggup merakam perbuatan zalim yang dilakukan itu dan aksi penganiayaan itu kemudian menjadi tular di media sosial.
Keseronokkan mereka tak bertahan lama apabila video tersebut menarik perhatian pihak polis.
Lebih menyedihkan, di dalam video tersebut kita boleh lihat wanita itu tak mampu nak pertahankan diri apabila diseret dan ditampar anak lelakinya.
Susulan itu, pihak polis segera hadir ke rumah mangsa dan terus melakukan siasatan ke atas kedua pelaku.
Mangsa memberitahu dia sangat trauma kerana teruk dipukul dan badannya mengalami luka dan lebam.

Setakat ini, anak dan menantunya mengaku perbuatan zalim yang dilakukan dan telah dikenakan tindakan.
Sementara itu, warga emas berkenaan juga telah mendapat rawatan dan ditempatkan di rumah anak keduanya.
Tergamaknya buat macam tu dekat mak sendiri. Kalau tak suka nak jaga sekalipun, bincanglah dengan adik-beradik lain. Semoga warga emas ini sentiasa dilindungi Allah.
Kredit: tvOnenews.com
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.