Connect with us
tyzo

Oh! Artis

Tyzo Hanya Minta Naik Gaji RM500, Dedah Punca Sebenar Rasa Teraniaya

Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse pada Jumaat menjelaskan punca sebenar penyampai radio, Tyzo ditamatkan kontrak.

Katanya, pihak Suria FM mahu pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024. Tetapi Tyzo hanya mahu kontrak 6 bulan sahaja.

IKLAN

Beliau menjelaskan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin hanyalah mangsa keadaan kerana orang ramai hanya mendengar cerita sebelah pihak.

BACA: DJ Lin Akhirnya Bersuara Panjang Lebar Isu Tyzo Xander Dan Beri Peringatan?

Terbaru, Tyzo pula bersuara mempertahankan dirinya. Tyzo berkata, dia masih ingin bekerja dengan Suria FM dan hanya meminta kenaikan gaji sebanyak RM500.

tyzo

Tyzo turut menafikan dakwaan tak berminat untuk bekerja dengan Suria FM kerana perbaharui kontrak selama 6 bulan sahaja.

Kata Tyzo, sebelum ini, kontrak rakan penyampai Sharifah Shahirah juga diperbaharui enam bulan sekali. Dia mempersoalkan mengapa apabila tiba gilirannya, pihak pengurusan membuat kesimpulan dirinya tidak berminat.

Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

Mengenai dakwaan demand gaji, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulkarnain mengenai meminta kenaikan gaji sebanyak RM500. Itu pun pihak pengurusan tak bersetuju dengan pelbagai alasan.

Tetapi, dia tetap tanda tangan kontrak pembaharuan pada September lalu dan sepatutnya tamat pada Mac ini.

Bekas penyampai Suria ini yakin DJ Lin selaku Pengurus Besar mempengaruhi keputusan utama dan Datuk Dr Mohd Aminuddin hanya mendengar nasihat darinya.

Dia juga mengaku terasa hati apabila ditendang keluar dari group chat kerja di Whats App dan lagunya juga telah dipadam pada hari terakhirnya bertugas.

Dalam sesi live di TikTok itu, Tyzo dilihat menangis mengenangkan nasib dirinya meskipun sudah bersikap profesional.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas