Connect with us

Oh! Media

Meerqeen Kirim Doa Untuk Rakyat Palestin, Netizen Tetap Berkeras Ingin Boikot

Meerqeen ohmedia

Oh! Artis

Meerqeen Kirim Doa Untuk Rakyat Palestin, Netizen Tetap Berkeras Ingin Boikot

Baru-baru ini, aktor popular Meerqeen telah memuat naik satu hantaran di Instagram story menitipkan doa untuk saudara-saudara Islam yang sedang berjuang di Palestin.

Berdasarkan hantaran yang sama, pelakon ini juga berharap agar sumbangan yang dihulurkan olehnya segera sampai kepada mereka yang sedang memerlukan bantuan. Tambah pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini, dia turut berdoa agar doa-doanya itu dikabulkan oleh Allah SWT.

D050426f 9191 4547 a9c6 0121f2c00554

Semoga semua pemberianku sampai pada semua yang ada di Palestin Ya Allah. Amin Ya Rabb. Itu sahaja yang saya boleh bantu dari jauh.

Ya Allah Ya Ghafur, ampuni kami, maafkanlah kami yang tidak punya kemampuan membebaskan Masjidil Aqsa. Yang hanya mampu mempersembahkan sebuah doa. Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin, Amin Allahumma amin.

Setakat ini, Meerqeen belum mengeluarkan sebarang kenyataan menjawab kepada isu namanya diboikot oleh orang ramai. 

IKLAN

Ruangan komen di Instagram aktor ini juga dibanjiri dengan netizen yang kecewa dengan tindakan Meerqeen yang didakwa bekerjasama dengan jenama luar yang menyokong Israel.

Dimana rasa emphaty kamu terhadap saudara-saudara Islam kamu di Palestin? Apa kamu akan jawab dihadapan Allah…

Selamat anda terdaftar sebagai artis #blockout2024.

Sekadar info, gerakan Blockout 2024 ini dilancarkan susulan Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari sama Palestin diserang oleh tentera Israel. 

Tujuan netizen memulakan gerakan ini adalah bagi membolkot selebriti yang tidak menyokong dan bersurara tentang Palestin.

Kredit: Instagram Meerqeen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas