Oh! Artis
“Gelilah Tengok..”Lakonan Qistina Raisah ‘Dalam Bilik’ Dikritik Warga Netizen
Sebelum ini, Drama Surat Dari Tuhan menerima kecaman yang hebat berikutan dengan dialog yang dilontarkan oleh pelakon wanita, Janna Nick.
BACA: Ustazah Azma Harun Beri Teguran! Kecewa Dengan Dialog Janna Nick Dalam Drama ‘Surat Dari Tuhan’
Terbaru, drama berkenaan sekali lagi menerima komen negatif daripada netizen berkenaan babak dalam bilik yang dilakonkan selebriti remaja, Qistina Raisah.
Menerusi potongan video babak yang dimuat naik oleh satu akaun dikenali sebagai ciraplaici telah menjadi topik perbualan di aplikasi X.
macam pelik ye budak umur 15 tahun bawa watak macam ni. mostly drama melayu memang kering idea eh? pic.twitter.com/Dy88NCZNMW
— AL (@ciraplaici) November 27, 2023
Rata-rata netizen berkata babak berkenaan tidak sesuai dilakonkan oleh Qistina memandangkan pelakon terbabit baru berusia 15 tahun dan masih di bawah umur.
Menerusi adegan tersebut, dia seolah-olah diperangkap sekumpulan lelaki apabila berdua-duaan di dalam bilik sebelum gambar dirinya dalam keadaan mengaibkan telah dirakam.



Malah, posting berkenaan mendapat pelbagai maklum balas negatif apabila netizen merasakan watak berkenaan tidak sesuai dengan Qistina kerana usianya yang masih lagi muda untuk melakonkan watak sebegitu.
Namun begitu, jalan cerita yang diketengahkan dalam drama ini menghadirkan banyak pengajaran dan mungkin terjadi dalam kehidupan seharian masyarakat kita pada hari ini.
Kredit: Platfrom X ciraplaici
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM