Connect with us

Oh! Media

Ustaz Izhar Beri Pesanan Buat Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Selepas Kongsi Video Mesra Berendam

Fasha sandha ohmedia

Oh! Artis

Ustaz Izhar Beri Pesanan Buat Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Selepas Kongsi Video Mesra Berendam

Semalam kecoh di media sosial selepas Fasha Sandha memuat naik aksi mesra dalam tab mandi bersama suami, Aidil Aziz. Perkongsiannya itu mendapat kecaman ramai kerana ia tidak sesuai untuk tontonan umum.

BACA: “Tak Malukah Kalian?” – Kongsi Video ‘Panas’ Dalam Jakuzi Dengan Suami, Netizen Tegur Fasha Sandha

Walaupun Fasha membuat permohonan maaf selepas ia tersebar, seorang pendakwah iaitu Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff tampil memberikan ulasan dan juga nasihat kepada pihak terlibat.

IKLAN

Izhar yang juga pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, berkata pasangan suami isteri mestilah menjaga batasan meskipun sudah ‘halal’ terutama di khalayak awam.

Hubungan suami isteri perlu dibatasi di hadapan khalayak ramai. Tak sesuai untuk melakukan adegan-adegan 18sx ke atas sehingga ia menampakkan akhlak yang tidak baik dalam kalangan kita sebagai umat Islam.

Tunjuk isteri tak tutup aurat, seksi dan sebagainya. Suami juga tunjuk contoh yang tidak baik apabila kita berada di tempat yang boleh timbul fitnah, keraguan dan perbincangan dalam kalangan masyarakat.

Beliau dalam pada itu juga menasihatkan agar orang ramai mencari rezeki yang halal tanpa menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim dan juga ibu bapa kepada anak-anak seperti mana yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Sudah pasti video itu akan ada dalam laman sosial selamanya. Sudah pasti bila anak-anak dah membesar, mereka tengok ibu bapa mereka menayangkan hubungan intim sekali dalam tab mandi sehingga timbul fitnah di masa depan.

Izhar dalam pada itu mengulas mengenai video yang dimuat naik Fasha dan Aidil dan memohon agar lebih cakna dan memikir kesan jangka panjang terutama terhadap anak-anak kerana kandungan yang dikongsikan di media sosial akan kekal berada di internet.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas