Connect with us

Oh! Media

Zainal Abidin Akhirnya Perjelas Hal Sebenar Dan Mengaku Keluar Makan Berdua Dengan Fyna Jebat Lepas Bercerai

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Zainal Abidin Akhirnya Perjelas Hal Sebenar Dan Mengaku Keluar Makan Berdua Dengan Fyna Jebat Lepas Bercerai

Semalam kami melaporkan yang bekas jurulatih bola sepak Liga Super Malaysia, Zainal Abidin dilihat keluar bersama bekas isteri keduanya, Fyna Jebat.

BACA : Individu Curi-Curi Ambil Video Zainal Abidin Dan Fyna Jebat Mesra Makan Bersama

Video yang diambil individu itu menunjukkan Zainal dan Fyna mesra makan bersama. Rata-rata netizen berasa terkejut melihat video terbabit kerana mereka masih rapat walaupun didakwa sudah berpisah bulan Mei lalu.

IKLAN

Terbaru! Menerusi satu video dimuat naik Astro Arena di Instagram, Zainal Abidin akhirnya tampil perjelaskan hal sebenar secara ringkas.

45fafa1c 45a9 4379 989f 68034e986dfb

Kata jurulatih bola sepak itu, pertemuan di sebuah restoran itu adalah untuk menyelesaikan semua masalah ataupun hal mengenai perceraian bersama Fyna Jebat.

Ye betul, memang itu saya dengan bekas isteri.

Dalam pada masa yang sama, Zainal berkata dirinya serta Fyna sudah pun berpisah dengan cara baik tanpa ada sebarang perselisihan faham.

Sekadar info, awal tahun lalu, berita mengenai perkahwinan Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin didedahkan sendiri oleh penyanyi tersebut.

Kredit: Instagram Astro Arena 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas