Connect with us

Oh! Media

“Saya Mohon Maaf Kepada Diana Dan Ibu Mentua” – Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Wujud Pihak Ketiga

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Saya Mohon Maaf Kepada Diana Dan Ibu Mentua” – Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Wujud Pihak Ketiga

Baru-baru ini pelakon, Farid Kamil mendakwa yang dia mempunyai bukti mengenai orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya itu.

BACA : Farid Kamil Dedah Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang

Walau bagaimanapun, bukti tersebut hanya didedahkan pada mahkamah saja dan tidak kepada umum.

IKLAN

Semalam pula Farid akui hubungannya bersama ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama putus sebab Diana Danielle telah halau ibunya sendiri keluar dari rumah. Biar betul?

Terbaru! Pelakon itu membuat permohonan maaf terhadap isterinya mengenai tuduhan wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Bukan tu jer, suami kepada Diana itu turut sama minta maaf kepada ibu mentuanya dan menarik balik kenyataan dibuat mengenai isu halau rumah menerusi IG Story. Pulak dah!

Fa37a559 2044 4624 8d6c c6869ff2c66b

Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri Diana Danielle di atas kenyataan saya.

Farid juga berharap agar kedua-duanya sudi terima maaf atas kekhilafan yang terjadi.

Kredit: Instagram Farid Kamil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas