Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Dedah Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang

Oh! Artis

Farid Kamil Dedah Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang

Rasanya ramai yang dah tahu pagi tadi, pelakon Farid Kamil membawa bunga ros dan sebentuk cincin untuk memujuk isterinya, Diana Danielle supaya kembali bersama. Cincin itu dibeli sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Diana Danielle Tepis Dan Beredar Ketika Farid Kamil Cuba Peluknya Di Luar Dewan Bicara

Namun sayangnya, Farid memberitahu bunga tersebut telah dibuang. Lebih mengejutkan apabila pelakon ini mendakwa wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menurut laporan mStar, Farid juga menegaskan yang dia mempunyai bukti mengenai orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya itu.

Walau bagaimanapun, bukti tersebut hanya didedahkan pada mahkamah saja dan tidak kepada umum. 

Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah.

Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tak mahu kongsi yang hanya akan menaikkan persepsi yang boleh mengaibkan mereka.

Farid sebelum ini juga mengatakan yang dia perlu menyelamatkan rumah tangga demi dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.

Sehingga kini, Farid mendakwa sudah 23 hari tak dibenarkan bertemu anak dan telefon juga tak dibenarkan.

Kredit: mStar | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas