Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Sedapnya Ayam Masak Buttermilk, Jom Buat Dalam Masa 10 Minit!

20230404 000843 0000

Oh! Makan

#JUADAH Sedapnya Ayam Masak Buttermilk, Jom Buat Dalam Masa 10 Minit!

Ayam merupakan makanan kegemaran hampir setiap lapisan masyarakat. Tapi, tahukah korang bahawa ayam masak buttermilk merupakan makanan kesukaan penduduk Asia Tenggara?

BACA: JUADAH Tak Payah Beli Mahal, Ini Resepi Roti John Paling Sedap Dengan Harga B40

Ayam yang dimasak rangup bersama sos lemak berkrim membuatkan rata-rata individu menggemarinya tanpa mengira lapisan umur. Jadi, jom Oh! Media kongsi resepi buat menu sedap ini!

IKLAN

Resepi ayam buttermilk

Buttermilk

Bahan-bahan:

  1. 500gm isi ayam (dipotong)
  2. 1 pek tepung goreng berempah
  3. 5 sudu besar mentega
  4. 6 ulas bawang putih (dicincang)
  5. 5 tangkai cili padi (dipotong)
  6. Daun kari
  7. Susu cair
  8. 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
  9. Garam
  10. Gula

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk bersama 5 sudu besar air. Kacau rata.
  2. Dalam mangkuk yang lain pula, tuangkan tepung goreng berempah. 
  3. Ambil isi ayam dan celup dalam mangkuk berisi campuran tepung dan air sebelum digaul dengan tepung dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
  5. Dengan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas.
  6. Kemudian, tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau dan berwarna kekuningan.
  7. Masukkan susu cair, daun kari, gula, garam dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan juga bancuhan tepung jagung bagi memekatnya.
  9. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dah kacau rata.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit: Azie Kitchen

Kami berjanji untuk memulangkan pasportnya (Rosmah) (ke mahkamah) dalam tempoh seminggu selepas dia kembali.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas