Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Tak Payah Beli Mahal, Ini Resepi Roti John Paling Sedap Dengan Harga B40

Oh! Makan

#JUADAH Tak Payah Beli Mahal, Ini Resepi Roti John Paling Sedap Dengan Harga B40

Roti John merupakan makanan yang sering dijual di bazar Ramadan. Dengan pelbagai jenis inti daging, sayur dan diapit dengan roti telur sudah semestinya menjadi kegemaran ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Air Limau Kasturi Pudina Paling Sejuk!

Tapi, ramai daripada masyarakat mengadu harga Roti John ini makin mahal di pasaran. Jom, Oh! Media kongsi resepi buat roti sedap ini. Gerenti mudah dan jimat duit!

Resepi Roti John

roti

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah (dipotong dadu)
  2. Bawang putih (dipotong dadu)
  3. Rempah kari (dicampur air)
  4. Daging atau ayam cincang
  5. Sosej (dipotong nipis)
  6. Garam
  7. Lada sulah
  8. Daun sup (dihiris)
  9. Telur
  10. Roti frankfurter
  11. Mentega

Cara-cara membuat:

  1. Untuk persiapan inti, tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dengan lada sulah. 
  3. Pecahkan telur dan masukkan juga daun sup ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan inti yang telah dimasak ke dalam bancuhan telur dan kacau sekali lagi.
  5. Panaskan kuali leper atau pan.
  6. Potong dua roti tetapi jangan sampai putus.
  7. Sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan ia sedikit garing lalu angkat dan ketepikan.
  8. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega dan tuang bancuhan telur bersama inti tadi.
  9. Tekap roti ke atas telur.
  10. Apabila telur telah masak, terbalikkan roti tersebut.
  11. Angkat roti tersebut keluar dan boleh hias bersama sos, mayonis atau salad.
  12. Lipat roti tersebut dan boleh potong untuk dihidangkan.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: My Resepi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas