Connect with us

Oh! Media

CIMB Baru Melancarkan Akaun WhatsApp Rasmi

Untitled2bdesign2b2528232529png

Umum

CIMB Baru Melancarkan Akaun WhatsApp Rasmi

Baru-baru ni dikatakan yang CIMB telah pun melancarkan akaun WhatsApp rasminya untuk memudahkan pengguna-pengguna CIMB berinteraksi disitu dan juga mendapatkan maklumat terbaru tentang CIMB dengan cepat dan pantas. Bukan CIMB jer yang dah buat, macam-macam jenama pun ada yang dah mula buat perkhidmatan WhatsApp ni untuk memudahkan pengguna.

Dengan akaun WhatsApp Rasmi CIMB ni, korang yang mana pengguna CIMB tu boleh semak baki semasa dekat situ, melihat tutorial, mencari lokasi CIMB yang berada berhampiran dengan korang dan juga menyemak status aplikasi. Apa yang Ohmedia tahu, CIMB masih belum lagi menawarkan informasi penuh di WhatsApp buat masa ni dan sekadar menawarkan link ke web sahaja.

Biasa la tu baru-baru jer lagi, nanti mesti CIMB akan upgrade dari semasa ke semasa untuk memudahkan pengguna CIMB dekat luar sana tu dan termasuk la Ohmedia sendiri, kah! Korang yang mana pengguna CIMB tu, dah boleh la cuba perkhidmatan terbaru yang CIMB sediakan ni.

IKLAN

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca CIMB melancarkan akaun whatsapp di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas