Connect with us

Oh! Media

Oh! Tech

Apple Lancar iMac Terbaru Dengan Pemprosesan Tersendiri, Lebih Nipis & Warna-Warni

Hari ini, Apple perkenalkan iMac terbaru yang dijana dengan cip pemprosesan mereka sendiri iaitu Apple M1. Dengan pemprosesan baru ini, ia memberikan banyak pembaharuan dan juga kuasa yang lebih laju.

Kalau korang tengok reka bentuk pada iMac baru ni memang nipis gila berbanding dengan iMac tahun sebelumnya. Cuma 11.5mm jer.

IKLAN

Untuk pengetahuan, cip M1 terbaru ini menggabungkan semua pemproses CPU & GPU hanya dalam satu cip.

Bukan setakat reka bentuknya yang nipis, Apple juga menawarkan 7 pilihan warna pada iMac serta Magic Trackpad dan juga pada Magic Mouse mereka tau. Menariknya, Touch ID juga disertakan pada keyboard bagi memperketatkan lagi sekuriti iMac.

Skrin iMac kali ini lebih besar, didatangkan dengan 24 inci bersama paparan resolusi 4.5k yang membolehkan pengguna membuat kerja editing video dan sebagainya dengan lebih mudah.

Selain itu, iMac terbaru ini hadir dengan kamera depan 1080p, dwi-mikrofon dan juga 6 pembesar suara dengan sokongan teknologi audio spital. Pergh! Terbaik gila.

Ia akan ada di pasaran pada pertengahan bulan Mei 2021 tetapi masih belum diketahui lagi bila agaknya ia masuk ke Malaysia. Walaubagaimanapun, harga bagi iMac terbaru ini telah tersenarai dalam laman web Apple Malaysia bersama-sama dengan spec.

Kredit: Soya Cincau

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas