Connect with us

Oh! Tech

Ini Sebab LG Akan Tutup Perniagaan Telefon Mudah-Alih Di Seluruh Dunia

LG Electronics Inc yang merupakan salah satu syarikat pengeluaran telefon pintar akan menutup perniagaan mudah-alih mereka dan perkara ini telah diluluskan oleh lembaga pengarahnya hari ini.

Keputusan untuk menutup perniagaan mudah alih ini membolehkan mereka untuk fokus pada arena lain seperti komponen kenderaan elektrik, robotik, rumah pintar dan sebagainya.

IKLAN

Walaubagaimanapun, produk LG yang sedia ada akan terus dijual dan mereka akan memberikan sokongan perkhidmatan dan kemaskini perisian kepada pelanggan yang ada sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.

LG juga dikatakan akan terus memanfaatkan kepakaran mereka untuk mengembangkan lagi teknologi yang berkaitan dengan mobiliti seperti 6G. 

Perniagaan telefon mudah alih LG ini dijangka akan ditutup sepenuhnya pada hujung bulan Julai nanti. 

Kredit: LG 

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas