Connect with us

Oh! Media

Rakam Wanita Buang Air Kecil, Pekerja Restoran Asam Pedas Berdepan Penjara 5 Tahun

Rakam Wanita Kencing

Trending

Rakam Wanita Buang Air Kecil, Pekerja Restoran Asam Pedas Berdepan Penjara 5 Tahun

Kes jenayah pada hari ini dilihat semakin membimbangkan. Walaupun sudah berhati-hati, masih ada individu yang mengambil kesempatan demi memenuhi keinginan masing-masing.

Seperti kes yang berlaku di Melaka ini, seorang lelaki berusia 18 tahun mengaku salah di atas pertuduhan merakam gambar wanita membuang air kecil November lalu.

Rakam wanita buang air kecil

Img 20221205 103841 scaled 1

Memetik laporan Kosmo!, tertuduh Muhammad Azizi Hazim Kamarudin yang merupakan pekerja restoran asam pedas berdepan hukuman penjara lima tahun di atas kesalahan tersebut.

IKLAN

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan pada 11 Januari tahun depan bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dilaporkan, tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 14 November 2022 di sebuah restoran asam pedas beralamat di Jalan Plaza Mahkota kira-kira jam 3.35 petang.

Tertuduh didapati telah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara merakam gambar mangsa menggunakan telefon bimbit ketika mangsa sedang membuang air kecil tanpa pengetahuannya. Perbuatan tertuduh telah mengganggu kesantunan mangsa.

Peguam yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh dibayar hanya RM350 seminggu dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Majistret Mazana Sinin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas