Connect with us

Oh! Media

“Bila Paksa, Terus Dia Buka Cerita Sebenar” – Sharifah Shahira Terkejut Dapat Tahu Anak Terlibat Kemalangan Bas

Sharifahsahirah

Oh! Artis

“Bila Paksa, Terus Dia Buka Cerita Sebenar” – Sharifah Shahira Terkejut Dapat Tahu Anak Terlibat Kemalangan Bas

Semalam kita dikejutkan dengan satu kemalangan melibatkan sebuah bas yang remuk teruk selepas berlanggar dengan sebuah lori treler.

BACA: 16 Penumpang Warga Singapura Cedera, Bas Hilang Kawalan Rempuh Treler

Difahamkan, sekurang-kurangnya 16 orang warga Singapura dilaporkan cedera akibat daripada kemalangan tersebut.

IKLAN

Sharifah Shahira terkejut, anak terlibat dengan kemalangan

Dalam pada itu, anak kepada penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahira juga dilaporkan terlibat dengan kemalangan itu.

Shiera yang dihubungi Harian Metro mendedahkan bahawa pada mulanya, anaknya itu cuba berselindung mengenai kemalangan itu namun selepas beberapa kali Shiera dan suami bertanyakan hal yang sebenar, barulah anak lelakinya itu mahu membuka mulut.

Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.

Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.

Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu.

Terdahulu, Shiera meluahkan rasa syukurnya selepas anak lelakinya itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Kredit: Harian Metro | Instagram Shieraijoy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas