Oh! Artis
“Tak Kena Sesiapa Pun Ludahan Noh Tu” – Pemuda Tampil Kongsi Situasi Sebenar
Tular satu video memaparkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dikatakan meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan di atas pentas.
BACA: “Nasib La Siapa Kena Tu” – Tular Video Noh Salleh Meludah Atas Pentas
Susulan itu, ramai netizen yang mengecam tindakan penyanyi berkenaan dan ada juga yang memintanya untuk berjumpa dengan pakar kerana bersikap sebegitu.
Tak kena sesiapa pun ludahan tu
Namun begitu, tular pula satu lagi video dimuat naik seorang pemuda di TikTok menunjukkan situasi yang sebenar melalui sudut yang berbeza.
@watashiwanaqq setepek ludah amerika dia bagi🤘🏻#hausboommusic #hujanband #nohsalleh ♬ original sound – arieftotle 光
Melalui video tersebut, rata-rata netizen mempertahankan vokalis kumpulan Hujan itu kerana tiada individu yang terkena ludahan Noh itu memandangkan penyanyi berkenaan meludah di atas pentas.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai selepas melihat situasi dari sudut yang berbeza.




Lepas tengok video ni korang rasa kena ke tak kena?
Kredit: TikTok wastashiwanaqqq
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM