Trending
“Mula Dengan Muntah, Cirit Birit” – Keadaan Agak Kritikal Dan Tenat, Ibu Mohon Doakan Kesembuhan Ainul
Kisah adik Ainul Mardhiah satu ketika dahulu pernah mendapat perhatian ramai. Dia yang disahkan menghidap ‘Germ Cell Tumour’ dilihat semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019.
BACA: Ibu Syukur Pipi Ainul Mardhiah Elok Sendiri, Tak Perlu Jalani Rawatan Betulkan Urat Tisu
Terbaru, ibunya menerusi satu hantaran di Instagram memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Ainul yang kini agak kritikal dan tenat.


Katanya, Ainul dibawa ke hospital selepas muntah-muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.
Tambahnya lagi, Ainul kini menerima rawatan di PICU. Lebih menyedihkan apabila si ibu meluahkan rasa gagal kerana tidak memberi perhatian kepada Ainul.

Di ruangan komen, orang ramai berdoa agar adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala. Semoga ibu dan bapa Ainul tabah menghadapi dugaan ini.
Kredit: Instagram _nrlerwani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM