Connect with us
mg motors

Branded

Jenama Britain, MG Kembali Ke Malaysia Dengan Kenderaan Elektrik MG ZS, MG4

Merancakkan industri automotif negara, Morris Garages (MG) melancarkan model kenderaan elektrik, MG ZS EV dan MG4. Sejak penubuhannya pada 1924 di England, MG Motor sinonim dengan jiwa muda disamping mengangkat inovasi dan tradisi.

Untuk rekod, kedua-dua model ini diimport dari China dan tidak dibekalkan mana-mana kilang pengeluaran MG dari Thailand atau negara Asean.

MG4

mg 4

MG4 adalah kenderaan elektrik untuk mereka dengan stail berani serta gaya hidup serba mengujakan. Lebih-lebih lagi dengan kuasa dan teknologi terkini terbinanya.

Luaran

-Hatchback penuh gaya dengan Twin Aero Rear Spoiler untuk varian Lux dan ke atas.

-Perincian trim perak pada pintu.

-Dilengkapi Sistem Gril Aktif (AGS).

-Lampu projektor LED dengan lampu siang (DRL). Lampu signal belok cermin sisi dan lampu brek belakang juga jenis LED.

-Rim aloi 17 inci untuk varian standard manakala rim 18 inci untuk varian lain.

-Jarak pemanduan sehingga 520 km untuk varian Lux Extended Range.

-Mampu mencecah dari 0-100km/jam dalam 3.8 saat untuk varian XPOWER.

-Terbina dengan sistem bantuan pemanduan MG PILOT

Dalaman

mg 4 interior

-MG4 ini mempunyai  kabin dalam tona tunggal atau dwi-warna.

-Untuk elemen hiburan, kereta ini dilengkapi skrin digital multi-info 7 inci dan skrin infotainment skrin sentuh 10.25 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

-Gear jenis rotari.

-Ada pengecas tanpa wayar dan port USB bawah skrin infotainment.

-Ruang but 368 liter, boleh ditambah kepada 1,177 liter dengan merebahkan kerusi belakang 40:60.

Pengecasan

Bercakap soal kenderaan elektrik, semestinya ramai yang tertanya tentang pengecasan kan? MG4 ini mampu menerima dua jenis pengecas, iaitu Standard (AC) 7kW dengan masa mengecas 8 jam untuk bateri penuh.

Pengecas pantas (DC) 150kW pula mengambil masa 26 minit untuk mengecas bateri daripada 10% hingga 80%.

Harga

mg 4 price

Berikut senarai harga untuk MG4:

-Standard (51kWh, 350km): RM103,999

-Lux (64kWh, 435km): RM128,999

-Lux Extended Range (77kWh, 520km): RM148,999

-XPOWER (64 kWh, 385km): RM158,999

Waranti

-7 tahun atau 150,000 km waranti perbatuan pada kenderaan (Yang mana datang dahulu)

-8 tahun atau 180,000 km waranti perbatuan pada bateri (Yang mana datang dahulu)

MG ZS EV

mg zs

MG ZS adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menyediakan pemiliknya dengan nilai praktikaliti, inovasi dan prestasi dalam satu kenderaan. Nilai estetika, keselesaan dan ketenangan ketika pemanduan? MG ZS adalah jawapannya!

Luaran

-Lampu utama jenis projektor LED dengan tambahan lampu siang (DRL). Lampu signal belok pada cermin sisi dan lampu belakang juga jenis LED.

-Rim jenis aloi 17 inci. Ada rel bumbung perak dan bumbung panoramik.

-Port mengecas ZS EV diletakkan di gril depan, jenis CCS2 untuk pengecas pantas (DC) dan standard (AC).

-Dilengkapi sistem bantuan pemanduan MG PILOT.

Dalaman

mg zs interior

-Dilengkapi skrin digital multi-info bersaiz 7 inci dan skrin infotainmen skrin sentuh 10.25 inci. Mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

-Soket USB disediakan di ruangan cermin pandang belakang untuk memudahkan pemasangan perakam video digital (DVR) atau kamera papan pemuka (dashcam).

-Ruang but 448 liter boleh diperluas kepada 1,187 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

Pengecasan

Hanya dalam masa 54 minit, pengecas pantas (DC) mampu mengecas bateri daripada 10% kepada 80%. Untuk pengecasan standard atau AC dengan kapasiti 7kW pula memerlukan masa 8 jam untuk memenuhkan kapasiti bateri.

Harga

mg zs price

Harga SUV ini dianggarkan bermula dari RM125,999.

Untuk maklumat lanjut mengenai MG4 dan MG ZS serta model lain keluaran MG, follow mereka di:

Laman web: www.mgmalaysia.com

Facebook: www.facebook.com/MGmotorMY 

Instagram: www.instagram.com/mgmotormy/ 

TikTok: www.tiktok.com/@mgmotormy 

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ohmedia Banner
Ke Atas