Baru-baru ini ecoBrown’s rasmi melancarkan acara ecoBrown’s Brice Roadshow di mana mereka mempromosikan snek terbaru, ecoBrown’s Brice.
Untuk pengetahuan, snek ecoBrown’s Brice adalah snek yang diperbuat daripada beras berkualiti premium serta bahan-bahan terpilih tau.
Hadir dengan dua perisa iaitu Spice Cheese dan Seaweed, snek ecoBrown’s Brice ini pastinya akan memberikan kepuasan setiap kali menikmatinya.
Menariknya, ecoBrown’s Brice Roadshow ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang tak patut dilepaskan dan paling best, Xiumin buat penampilan istimewa! Seriuslah?!
Psst, ecoBrown’s siap nak bagi giveaway 38 bantal Brice Edisi Terhad yang ditandatangani oleh Xiumin! Nak tahu macam mana nak menang, kena lah baca sampai habis!
Peminat Cair Dengan Layanan Xiumin Di ecoBrown’s Brice Roadshow
Siapa sangka, penyanyi daripada salah satu kumpulan lelaki K-Pop terkenal, EXO iaitu Xiumin datang ke Malaysia untuk memeriahkan acara ecoBrown’s Brice Roadshow.
Kami jamin pasti ramai peminat, terutama EXO-L Malaysia berasa sangat teruja dengan penampilan istimewa ini betul tak? Dengar cerita fan-service daripada Xiumin tiptop!
Acara yang berlangsung pada 18 Ogos 2024 di One Utama, Damansara ini telah meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan di mana Xiumin berinteraksi bersama peminat menerusi sebuah sesi QnA.
Dalam sesi ini, peminat berpeluang untuk tulis soalan atau tinggalkan mesej kepada Xiumin di ‘papan mesej kepada Xiumin’, dan Xiumin memilih beberapa soalan secara rawak dan menjawabnya pada hari tersebut. Omo, bertuahnya siapa yang dapat!
Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan sepanjang tempoh jerayawara ini seperti B Sea-nsation Escaper di mana korang perlu melepaskan diri daripada maze yang sangat mencabar dan menguji minda.
Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk sertai aktiviti B Cheezy Explorer di mana aktiviti ini menguji tahap kepekaan korang dalam mencari kepingan keju tersembunyi di dalam kolam bola.
Tak lengkaplah sesebuah acara tanpa sesi fotografi betul tak? Jangan lupa untuk sertai B Self-tographer di korang boleh ambil gambar terbaik di zon foto.
Menariknya, kalau korang berjaya kumpulkan semua cop setelah selesai semua aktiviti ini, korang berpeluang untuk bermain di mesin Gatcha untuk memenangi barangan eksklusif tau. Bestnya!
Nak tahu apa yang lagi best? ecoBrown nak buat giveaway 38 bantal Brice Edisi Terhad yang ditandatangani oleh Xiumin! Seriuslah, macam mana nak menang?!
Kalau korang nak tahu macam mana nak menang, korang wajib baca sampai habis.
Siapa yang terlepas tengok Xiumin depan-depan semasa acara ecoBrown’s Brice Roadshow di One Utama baru-baru ini, jangan risau, korang masih berpeluang untuk memenangi giveaway bantal Brice Eksklusif yang ditandatangani oleh Xiumin.
Cara nak menang giveaway ni pun senang kacang saja tau. Korang ikut saja langkah mudah di bawah ini:
Langkah 1: Beli mana-mana produk BRICE (tiada had) dari mana-mana kedai di Malaysia semasa tempoh peraduan
Langkah 2: Komen pada posting peraduan dengan bilangan pek BRICE yang anda beli (sebagai contoh., “#BriceXiuminPillow x 10 pek 100g”)
Senang kan? Tempoh peraduan bermula sekarang hingga 19 September 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 25 September 2024.
Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepat serbu mana-mana kedai berdekatan dan beli snek Brice sekarang juga!
Psst, kalau nak tahu lebih lanjut tentang terma dan syarat, klik pada pautan ini, https://bit.ly/46RaokB
Sertai ecoBrown’s Brice Roadshow Di Lokasi Terpilih Untuk Lebih Banyak Aktiviti Menarik
Haa, untuk korang yang terlepas ecoBrown’s Brice Roadshow di One Utama, Damansara tu jangan risau sebab mereka akan meneruskan jerayawara mereka di beberapa tempat terpilih tau!
Antara tempat terpilih yang korang patut take note adalah:
– IOI City Mall, Putrajaya: 28 Ogos hingga 1 September 2024
– Gurney Plaza, Penang: 2 Oktober hingga 6 Oktober 2024
(ikuti media sosial ecoBrown’s untuk maklumat lanjut)
Wah, sebenarnya banyak lagi tempat yang ecoBrown’s nak tawan untuk jerayawara mereka kali ni.
Jadi, jangan lupa take note tempat dan tanda kalendar korang okay?! Buat peringatan sekali kalau korang takut terlupa!
Maklumat lanjut tentang ecoBrown’s Brice Roadshow, ikuti media sosial ecoBrown’s di Facebook dan Instagram sekarang.