Connect with us

Oh! Media

Zynakal Cari Pasal Dengan Radio Tempatan, Katakan Orang Dengar Radio Kerana Lagunya

Umum

Zynakal Cari Pasal Dengan Radio Tempatan, Katakan Orang Dengar Radio Kerana Lagunya

Adoi, apa cerita pula ni? Ohmedia dengar cerita ada seorang rapper ni sengaja cari pasal dengan stesyen radio tempatam, lepas kena kecam terukm pergi padam pula gambar-gambar dia. Aha inilah apa yang berlaku pada seorang rapper meningkat naik, Zynakal atau pun boleh dikatakan agak terkenal sekarang ni dengan lagu popularnya ‘Terbang’.

ADVERTISEMENT

Untuk korang yang mungkin terlepas dengan apa yang berlaku, sebelum ini Zynakal dikatakan tidak dapat menahan perasaan tidak puas hatinya dengan direktor muzik sebuah radia swasta dan akibat itu, dia bertindak memuat naik perbualannya bersama direktor muzik berkenaan di kemaskini Instagramnya.

Dalam perbualan itu, dapat didengar perbualan kasar yang keluar dari mulut Zynakal seperti ‘pergi mampus’ dan dia turut berkata yang ‘jika bukan kerana lagu hebat ciptaannya, orang tidak akan dengar stesyen radio tersebut’.

Tapi, malangnya posting terbabit tidak mendapat sokongan dari peminatnya seperti yang dibayangkan. Rata-rata mengatakan Zynakal tidak beretika kerana berkongsi perbualan yang sepatutnya dirahsiakan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh sebagai lupa diri dan bangga kerana sering dilihat lepak bersama kumpulan K-Clique.

Mengetahui dirinya salah, beliau sudah pun memadam posting tersebut tetapi ianya sudah terlambat kerana screenshot perbualan itu sudah pun berlegar di Twitter dan Facebook.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas