Connect with us

Zain Saidin Masuk Hospital Lagi

Oh! Artis

Zain Saidin Masuk Hospital Lagi

Sebelum ini Ohmedia pernah memberitahu kisah pelakon Oh My English, Zain Saidin yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan pundi kencing tetapi kali ini dia sekali lagi masuk hospital gais!

Kalau korang nak tahu, Zain telah menerima rawatan di hospital pada Selasa lalu kerana mengalami sakit di bahagian belakangnya setiap kali dia sedang rukuk waktu solat, bangun dan duduk. Dia juga dimaklumkan oleh doktor bahawa kesakitan yang dialaminya itu adalah dipanggil sebagai thinning disc.

Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk. Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah jangkitan pundi kencing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kronik dan masih di peringkat awal. Kemungkinan punca sakit yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium. Doktor beritahu kesakitan yang dialami sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap ‘slip disc’. Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol serta berminyak, keju dan mentega. Pada usia sekarang saya dinasihatkan menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol saya tinggi. Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyerang jantung.

Semoga cepat sembuh, Zain Saidin! Dengar nasihat doktor tu dan amalkan pemakanan yang sihat tau!? Apapun, Ohmedia doakan agar Zain sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah SWT.

OHMEDIA: KORANG PERNAH SAKIT BELAKANG TAK? FUH! MESTI SUSAH NAK BUAT APA-APA AKTIVITI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top