Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi dedah penderma RM2.6 bilion

Oh! Negara

Zahid Hamidi dedah penderma RM2.6 bilion

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan individu
yang menderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

ADVERTISEMENT

Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dimaksudkan itu bukan
merujuk kepada seseorang tetapi adalah pimpinan sebuah kerajaan.

Bukan Dari Individu Tapi Sebuah Kerajaan

Katanya, derma itu diberikan kerana mempercayai UMNO yang mampu
membawa Islam dan menentang mazhab lain selain Sunnah Wal Jamaah.

“Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab perkara tertentu).

“Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

“Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.

“Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.

Derma Kerana Percaya UMNO mampu bawa Islam menentang anti Sunnah Wal Jammah

“Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana
UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus
difahami dan kita harus menghargai.

“Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari.
Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat,”
katanya yang dipetik daripada temubual bersama AgendaDaily dan BNBBC.

Zahid berkata, sejak awal isu derma RM2.6 bilion ditimbulkan, beliau konsisten dengan pendiriannya menyakini Perdana Menteri.

Ini kerana, katanya, semua parti politik memperoleh dana politik.

“Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak
membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan
dan mengagihkan untuk memperkuatkan parti,” katanya yang mengakui
telahpun menemui wakil penderma itu.

Menurut Zahid, sekalipun isu sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri
tetapi kerana ia dipertikaikan maka persepsi itu terus menjadi masalah
lebih besar.

“Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan
kebenaran itu tidak diterima lagi. Dan inilah permasalahan yang
timbul,”katanya.

Zahid juga membongkar cerita yang berhubung kait dengan dana politik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu disebut dalam International
Transparency yang menyatakan RM1.2 billion diserahkan kepada penganti
Tun Abdullah Badawi.

“RM1 billion dalam bentuk aset dan RM200 juta dalam bentuk tunai.
Kita pun boleh tanya dengan Dr Mahathir mana dia dapat duit itu?

“Lima kali pilihanraya di zaman beliau tentu orang pun boleh bertanya tetapi tidak mahu tanya sebab kita hormat.

“Kita serah pada dia sebagai pemimpin ketika itu. Dari sumber mana
dia dapat, asalkan ia mengikut undang-undang dan tata-etika dan ini
harus dihormati oleh semua,” kata Zahid.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas