Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Akur – Serah Tugas Kepada Tok Mat

Oh! Negara

Zahid Hamidi Akur – Serah Tugas Kepada Tok Mat

Berikutan dengan desakan bertali arus dari ahli UMNO agar Ahmad Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, akhirnya beliau akur dan melakukan serah tugas memimpin parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, hari ini.

ADVERTISEMENT

“Berdasarkan kemelut yang dihadapi parti hari ini saya ambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden.

“Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akar umbi foku perkukuhkan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak meminta agar beliau berundur dan ia bertambah rancak apabila 17 ahli Parlimennya keluar parti.

Beliau juga sebelumnya diminta bercuti susulan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi di mahkamah.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menyeru agar tidak lagi berlaku ahli Parlimen dan Adun Umno yang bertindak keluar parti.

“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan Umno kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti saya.

“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas