Connect with us

Oh! Media

Gagal Pertahan Rumahtangga, Yatt Hamzah Akhirnya Bercerai Talak Satu

Umum

Gagal Pertahan Rumahtangga, Yatt Hamzah Akhirnya Bercerai Talak Satu

ADVERTISEMENT

Walaupun pernah membatalkan niat untuk bercerai selepas menyertai misi kemanusiaan di Gaza, ternyata jodoh pelakon Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib telah ditetapkan hanya sampai disini.

Semalam, Yatt telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sekitar jam 4.23 petang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh bekas suami Yatt iaitu Abdul Mutalib untuk mengelakkan sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat.

“Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sekian, terima kasih,” katanya.

Hasil perkahwinan yang dibina pada 29 Mac 2009 itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia lima tahun. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas