Connect with us

Oh! Media

“Ya! Memang Benar Siti Nurhaliza Sudah Hamil Dua Bulan”

Umum

“Ya! Memang Benar Siti Nurhaliza Sudah Hamil Dua Bulan”

ADVERTISEMENT

Setelah berteka-teki dengan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai berita kehamilan penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza kini telah sah lah bahawa beliau sedang berbadan dua.

Usia kan­dungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua. Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, pe­nyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.

Seluruh keluarga terdekat me­ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.

Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

Selain itu, Siti Nurhaliza juga tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

“Susu Kambing + Kurma.. Selamat Pagi” – Siti Nurhaliza

Spekulasi kehamilan Siti Nur­haliza tercetus apabila Siti memuatnaik gambar segelas susu kambing dan kurma di laman instagramnya dan ditambah juga reaksi spontan penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan semasa mengadakan persembahan di Konsert Satu Suara baru-baru ini.

Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan terkenal Dato’ Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Amukan Wanita Gemuk

Oh! Padah Kutuk Orang Gemuk

Orang perempuan memang pantang kalau dikata gemuk. sekali dia amukan, mau bersepai tulang muka. orang lelaki sebelum nak komen ingatlah, sayangilah tulang muka anda. Aliff Syukri Terlajak Laris

Posted by Oh! Media on Thursday, November 12, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas