Connect with us

Oh! Media

Wow! Mesti Ramai Tak Perasan Mesej Tersembunyi Yang Ada Dalam BoBoiBoy Movie 2

Umum

Wow! Mesti Ramai Tak Perasan Mesej Tersembunyi Yang Ada Dalam BoBoiBoy Movie 2

Selepas 3 minggu filem BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan di pawagam, barulah Ohmedia perasan yang filem ini terlalu detail sehinggakan mereka ada memasukkan pelbagai elemen nusantara yang mungkin korang tak perasan.

ADVERTISEMENT

Apa agaknya elemen nusantara yang dimaksudkan tu? Antara yang Ohmedia perasan dari awal tayangan perdana tempoh hari, adalah rekaan kapal angkasa baru Papa Zola yang diberi nama MYS Kebenaran. Rasanya korangpun mesti perasan yang rekaan kapal angkasa ini kelihatan seperti Wau Bulan.

Kita ambil elemen nusanstara dan kemudian digabungkan dengan teknologi angkasa. Bukan hanya MYS Kebenaran, MYS Keamanan juga dihasilkan dengan elemen congkak. Kita dapat lihat rekaan congkak pada MYS Keamanan ini yang mana ia mempunyai port kecil seperti guli,” katanya yang juga pengarah filem BBBM2, kata Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak.

Wow! Rekaan congkak tu serius Ohmedia tak perasan dan rupa-rupanya port kecil tu pula adalah guli, hebat-habat. Apa lagi agaknya elemen nusantara yang dimasukkan?

A post shared by BoBoiBoy (@boboiboy) on



Yang ini Ohmedia perasan juga, korang ingat tak macam mana rekaan kapal angkasa milik Kapten Kaizo masa dia datang selamatkan kawan-kawan BoBoiBoy? Aha kapal ni juga sebenarnya direka dari bentuk gasing tau.

Jika anda mahu melihat bagaimana filem BBBM2 ini dihasilkan, anda boleh tontonnya di video disebalik tabir di bawah. Bagi anda yang masih belum menyaksikan BBBM2, apa tunggu lagi, serang pawagam anda yang berdekatan dan tengok sendiri macam mana detailnya filem ini dihasilkan.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas