Connect with us

Oh! Media

Wartawan Bebas Ditembak & Hilang Mata Kiri, Satu Dunia Kecam Israel & Tuntut Keadilan

Umum

Wartawan Bebas Ditembak & Hilang Mata Kiri, Satu Dunia Kecam Israel & Tuntut Keadilan

Berlaku kejadian macam ini pun mereka butakan mata ke? Ohmedia katakan ini apabila dua orang jurugambar dan wartawan bebas Palestin telah ditembak di mata oleh tentera Israel semasa membuat liputan dan ini mendapat perhatian dunia.

Kejadian itu berjaya menarik perhatian media antarabangsa untuk memakai penutup mata atau menutup sebelah mata dengan tangan sebagai tanda solidariti dan kecaman ke atas tindakan Israel.

IKLAN



Muath Amarneh yang merupakan antara mangsa merupakan seorang wartawan jurugambar bebas Palestin telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel dan Kejadian dipercayai berlaku ketika tentera Israel cuba untuk meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat.

Dia yang pada ketika itu turut memakai baju yang menunjukkan dirinya sebagai seorang wartawan yang hanya berada di situ untuk membuat liputan dengan memakai baju yang tertera perkataan ‘Press’ berserta helmet. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh tentera Israel.

Kesan dari tembakan itu, doktor mengesahkan bahawa matanya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bijik mata.






OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas