Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Baiki Jalanraya Dengan Wang Sendiri

Umum

Warga Emas Baiki Jalanraya Dengan Wang Sendiri

Seorang lelaki berusia 66 tahun yang dikenali sebagai Gangadhara Tilak Katnam telah membaiki hampir seribu lubang diatas jalaraya dengan usaha dan wangnya sendiri.

ADVERTISEMENT

Lelaki yang diberi gelaran sebagai Doktor Jalan ini telah mula membaiki jalan semenjak tahun 2011 dan memandu ke seluruh bandar setiap hari demi mencari lubang di jalan yang diingin dibaikinya.

“Selepas bekerja untuk Keretapi Selatan Tengah selama 35 tahun, saya bersara pada bulan Oktober 2008 dan pada tahun 2009 saya ke Amerika Syarikat untuk bertemu anak saya. Kemudian pada Januari 2010 saya kembali bekerja sebagai seorang perunding di sebuah agensi perisian. Pekerjaan ini membuatkan saya berulang-alik ke tempat kerja dengan melalui jalanraya.”

Disebabkan pernah mengotorkan baju kanak-kanak sekolah yang terkena percikan air ketika keretanya jatuh kedalam lubang yang berisi lopak malah melihat sendiri beberapa kemalangan berlaku akibat jalanraya yang rosak, Tilak mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Oleh kerana niat murninya itu Tilak sanggup berhenti kerja pada tahun 2012 dan terus dengan niatnya membaiki jalanraya yang rosak.

Usaha Tilak mendapat sokongan dari anak lelakinya dan telah menghasilkan satu blog yang dikenali sebagai Shramadaan malah kini lebih ramai orang mula membantu Tilak membaiki jalan yang berlubang.

 

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas