Connect with us

Oh! Media

Pura-Pura Dijangkiti Koronavirus Selamatkan Wanita Ini Dari Dirogol

Umum

Pura-Pura Dijangkiti Koronavirus Selamatkan Wanita Ini Dari Dirogol

Sumber gambar : Metro

Ramai yang takut bila dengar pasal koronavirus dan seorang wanita di pekan Pingba, China berhampiran daerah Jingsham yang dikatakan tiga jam pemanduan dari Wuhan terselamat dari menjadi mangsa nafsu serakah seorang lelaki yang ingin memperkosanya apabila mangsa berpura-pura sakit dan kononnya dijangkiti koronavirus yang menggemparkan dunia ketika ini.

ADVERTISEMENT

Kah! Bijak betul perempuan ni memperdayakan lelaki itu dengan helah menipu. Ohmedia memang salute betul dengan wanita ini.

Sumber gambar : Metro

Kejadian dikatakan berlaku Jumaat lalu, seorang lelaki yang tidak dikenali memecah masuk ke bilik mangsa dan terus menyerangnya. Wanita itu sedar yang dia dalam situasi yang bahaya, kemudian terus menjerit dan mendakwa yang dirinya baru saja pulang dari Wuhan dan telah sah dijangkiti koronavirus serta masih dalam kuarantin. Memang menggagau lah kan suspek apabila dengar apa yang dicakapkan, tambah lagi wanita itu berpura-pura batuk ketika dirinya dicekik leher dan ditutup mulutnya oleh suspek.

Disebabkan terpedaya yang kononnya wanita itu dijangkiti koronavirus, suspek sempat mengambil wang kira-kira berjumlah RM1,800 dan terus melarikan diri tanpa memperkosa mangsa.

Suspek dikatakan hanya berniat ingin merompak kerana tidak mempunyai wang pada awalnya dan bila dah masuk rumah magsa tersebut, lain pula jadinya dan dia cuba melakukan serangan seksual setelah melihat mangsa yang tengah bersendirian dirumah.

OHMEDIA : APA SALAHNYA MENIPU DEMI KEBAIKAN DIRI SENDIRI. TAPI JANGAN PULA AMBIL KESEMPATAN UNTUK MENIPU DENGAN BENDA YANG REMEH.




Sumber : DailyMail

+ Baca respon pembaca seni pertahankan diri yang baru ini di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas