Connect with us

Oh! Media

Wanita Perlu Mencontohi Bidadari Syurga

Umum

Wanita Perlu Mencontohi Bidadari Syurga

ADVERTISEMENT
Wanita di dunia perlu mencontohi bidadari syurga dari pelbagai aspek kerana bila mereka masuk syurga, maka mereka akan menjadi ketua bagi segala bidadari untuk suami mereka. Maka wajiblah mereka lebih hebat berbanding bidadari. 
Bagaimana nak jadi hebat seperti bidadari?
1. “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
“Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Surah Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
“Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
(Surah Ar-Rahman [55]: 72) 
Wanita perlu menjaga pandangan mereka dari melihat perkara haram lagi syubhah atau perkara tidak elok. Dan perlunya wanita duduk dalam rumah bapa atau suami mereka jika tiada keperluan ibarat telur atau mutiara yg tersimpan dengan baik. 
2. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Surah Ar-Rahmaan [55]: 56)
Wanita perlu menjadi seorang yang sopan santun lagi baik akhlaknya lagi menjaga pandangannya. Dan perlunya wanita menjaga diri dari disentuh oleh bukan mahramnya selain dari siapa yang berhak. 
3. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Surah Ar-Rahmaan [55]: 70)
Cantik seseorang wanita itu adalah dari akhlaknya yang baik. 
4. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Surah Ar-Rahmaan [55]: 72)
Wanita itu tempatnya dalam rumah bapa mereka dan mereka didatangi di dalam rumah untuk disunting oleh pencintanya. 
5. “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al Waqiah [56] : 35-37)

Wanita perlu menjaga maruah diri dan menjaga mahkota perawannya sebelum dinikahi. Setelah bernikah, menjadikan suami teman setia dan kecintaan mereka sentiasa. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas