Connect with us

Wanita Menjadi Imam Solat

Umum

Wanita Menjadi Imam Solat

SOALAN:
Adakah harus orang perempuan menjadi imam solat?

JAWAPAN:
Harus bagi orang perempuan bahawa dia menjadi imam bagi kaum perempuan atas keadaan tidak hadir disitu kaum lelaki kerana hadith yang telah meriwayatkannya oleh Baihaqi dan lainnya dari Aisyah r.a:

كَانَتْ تُؤَذِّنُ وَتُقِيمُ وَتَؤُمُّ النِّسَاءَ وَتَقُومُ وَسْطَهُنَّ
“Adalah beliau pernah azan dan iqamah dan menjadi imam bagi kaum perempuan dan beliau berdiri di tengah-tengah mereka itu.” (Sunan Kubra)

Dan kerana hadith riwayat Abu Daud bahawa Rasulullah saw telah menziarahi Ummu Waraqah binti Abdullah bin Al-Harith pada rumahnya dan menjadikannya seorang muazzin azankan baginya dan menyuruh beliau bahawa menjadi imam akan ahli rumahnya. Berkata Abdul Rahman: “Maka aku melihat yang azan itu seorang yang sangat tua.” (Sunan Abi Daud)

Dan berdiri di tengah makmum dengan sedikit ke hadapan.

Berkata Al-Allamah Bai’syan: “Dan sunat imam perempuan itu berdiri di tengah mereka itu kerana keadaan itu lebih menutup bagi mereka itu dan kerana sabit dari perbuatan Aisyah r.a dan Ummu Salamah r.a.”

Berkata Al-Kurdy: “Yang dikenal dari perkataan fuqaha’, sunat berdiri imam besamaan mereka itu di tengah.” Akan tetapi berkata As-Subari: “Dengan ke hadapan sedikit.” (Busyral Karim m.s. 341)

Kesimpulan

Ketika ketiadaan kaum lelaki maka harus kaum wanita mengerjakan solat secara berjemaah di mana seorang wanita menjadi imam dan sunat dia berdiri di tengah makmum wanita itu dengan kehadapan sedikit dari barisan jemaah.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top