Connect with us

Oh! Media

Wanita Malang Diperkosa Bergilir-gilir Didepan Anak Sendiri

50bc9715 347b 49dc a0e3 2006c003a140png

Umum

Wanita Malang Diperkosa Bergilir-gilir Didepan Anak Sendiri

Akibat tersadai kerana kehabisan petrol di sebuah lebuhraya, seorang wanita menjadi mangsa rogol dua lelaki tak kenali. Lebih menyedihkan, mangsa berkenaan dirogol dihadapan anaknya sendiri. Kejadian dilaporkan berlaku di Pakistan.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 1.30 pagi ketika itu mereka dalam perjalanan dari Lahore menuju ke Gujranwala. Menurut laporan, mangsa sempat meminta bantuan ahli keluarga dan polis bantuan lebuhraya sebelum dua lelaki berkenaan bertindak merogolnya.

Selain merogol, lelaki itu juga bertindak mencuri wang tunai, barangan kemas dan kad bank milik mangsa sebelum melarikan diri. Kesannya, anak beranak berkenaan berada dalam keadaan trauma. Kejadian ini mendapat simpati orang dan ada segelintir mereka menyalahkan kerajaan.

IKLAN
Sumber gambar dari FMT

Namun perkara ini diburukkan lagi apabila pegawai penyiasat yang juga ketua polis bagi Lahore mengeluarkan kenyataan seolah-olah mangsa yang bersalah. Dia juga bertindak mempersoalkan tindakan mangsa yang tidak menggunakan laluan lebih selamat serta mengisi penuh petrol sebelum memulakan perjalanan.

Tindakannya itu menyebabkan dia dikecam hebat. Hal ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang mahukan suspek segera ditangkap.

OHMEDIA: DAH KENAPA MANGSA PULA DISALAHKAN? ANEH-ANEH JE KETUA POLIS NI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca wanita malang jadi mangsa rogol di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas