Connect with us

Oh! Media

Wow Beraninya. Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Daki Bukit Broga

Umum

Wow Beraninya. Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Daki Bukit Broga

Assalamualaikum Oh! Media,

ADVERTISEMENT

Saya Nur Nadzirah binti Shahrul Nizam.Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya seorang ibu mengandung berumur 23 tahun, kandungan berusia 7 3/4 bulan mendaki ke puncak Bukit Broga, Semenyih, semalam. 17 Januari 2106.

Semoga pengalaman yang saya kongsikan ini dapat memberi mafaat dan inspirasi kepada para ibu mengandung mahupun tidak dan orang lain di luar sana. Terima kasih.

BERJAYA MENDAKI KE PUNCAK BUKIT BROGA

Alhamdulillah dengan izin Allah, semalam 17 Januari 2016, saya, suami dan bayi yang masih dalam kandungan berusia 7 3/4 bulan berjaya mendaki ke puncak Bukit Broga, Semenyih. Perasaan yang membuak-buak sejak beberapa hari yang lalu akhirnya telah dimakbulkan oleh Allah. Tidak tahu mnegapa mengidam pelik-pelik begini grin emoticon grin emoticon grin emoticon

Betul-betul rasa tidak percaya bahawa saya mampu mendaki sehingga ke puncak bersama bayi yang masih ada di dalam rahim ini. Perjalanan untuk sampai ke puncak telah mengambil masa selama 1 jam. 7.30am-8.30am.

Pada mulanya, saya dan suami ada membincangkan di manakah tempat yang menarik yg boleh dilawati selain Sg. Tekala dan lain-lain. Apabila saya mengatakn Bukit Broga, suami kata menarik juga tapi saya sendiri yg menolak memndangkan keadaan saya yg begini. Entah bagaimana, tiba-tiba beberapa hari kemudian saya menyatakan hasrat bahawa saya betul-betul teringin ke sana. Suami begitu tidak percaya dan tidak menolak langsung keinginan saya. Malah, suami menyokong dan yakin bahawa saya boleh. Katanya, suami boleh bawa saya, akan tetapi jika saya tidak mampu, kita akan berpatah semula ke bawah. Wahhhh happy betul saya pada masa tu smile emoticon

Terima kasih wahai suamiku tercinta kerana sangat menyokong isterimu ini. Sanggup bawa ke mana sahaja yg saya hendaki. Berbalik pada cerita Bukit Broga, struktur jalan di sana agak mencabar. Lebih ,mencabar untuk orang yg mengandung seperti saya ini. Memerlukan tenaga yg lebih supaya misi berjaya. Struktur jalan agak curam, licin dan bertangga. Alhamdulillah,kami telah meneruskan perjalanan dengan penuh cabaran dan halangan. Suami banyak membantu dan sentiasa pastikan bahawa saya sentiasa dalam keadaan selamat. Pada mulanya agak takut, tetapi kami banyak berdoa dan menganggap perkara tersebut sabagai “EXERCISE” untuk diri saya. Maklumlah, saya ini jenis orang yang tidak boleh duduk diam. Saya seorang yang sangat sukakan aktikiti ekstrem kerana saya merupakan bekas “AGRESSIVE INLINE SKATER”. Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi kami bertiga.

Semasa dalam perjalanan, kami sentiasa bersembang-sembang dan memberi kata-kata semangat kepada baby. “BABY KUAT KAN, BABY KUAT”. Alhamdulillah, baby kami memang betul-betul kuat. Baby kami sangat excited. Baby kata, selagi tak naik puncak, misi belum berjaya.

Tiada Halangan Untuk Ibu Mengandung Daki Bukit

Untuk para ibu yang sedang mengandung di luar sana, tidak menjadi halangan untuk mendaki apa jenis bukit sebenarnya. Banyakkan berdoa dan berselawat ketika mendaki supaya Allah sentiasa melindungi kita dan dielakkan perkara yang tidak diingini. Jika anda mempunyai keyakinan yang tinggi, INSYAALLAH YOU CAN DO IT LIKE ME. Akan tetapi, jika anda tidak yakin, jangan sesekali teruskan niat anda untuk terus mendaki. Ingat, setiap apa yang kita fikir, kata dan buat itu adalah “DOA”, Jika kita fikir, doa perkara baik, Allah akan jadikan segalanya baik untuk kita.

Pastikan sentiasa berhati2 ketika mendaki dan menuruni bukit. Gunakan teknik jalan membelakang ketika menuruni bukit yang curam sambil tangan memegang tali yg telah disediakan. Kenapa ye? Kerana kta akan mudah terjatuh jika menggunakan teknik jalan ke hadapan kerana beban berat akan menolak kita ke bawah.

Semoga pengalaman yang saya kongsikan ini dapat memberi mafaat dan inspirasi kepada para ibu mengandung mahupun tidak dan orang lain di luar sana. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Saya doakan anda semua diberi kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang banyak dalam hidup ini. Salam Isnin daripada saya dan baby smile emoticon grin emoticon heart emoticon Bye, Assalamualaikum.

Perkongsian oleh Nur Nadzirah Shahrul Nizam

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas