Connect with us

Oh! Media

Team Ohmedia Di Ipoh Terkejut Ada Wanita Gelang Pink, Rupanya Ia Gelang Masuk Lost World Of Tambun

Umum

Team Ohmedia Di Ipoh Terkejut Ada Wanita Gelang Pink, Rupanya Ia Gelang Masuk Lost World Of Tambun

Selamat pagi warga Ipoh! Untuk pengetahuan korang, sekarang team Ohmedia berada di Ipoh sebab nak cuba Nasi Ganja yang selalu disebut-sebut orang Ipoh. Tapi semalam viral satu gambar yang menunjukkan seorang wanita memakai gelang merah jambu di sebuah kedai makan.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, hari ini Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan bahawa wanita terbabit tidak memakai gelang untuk pesakit Covid-19, tetapi ianya adalah gelang untuk memasuki sebuah taman tema Lost World Of Tambun.

Pengadu (peniaga) menerima gambar yang tular melalui WhatsApp mengatakan seorang pelanggan wanita memakai gelang merah jambu yang dikhaskan untuk individu dikuarantin berkaitan COVID-19, datang dan makan di restoran miliknya. Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) restoran didapati pelanggan berkenaan bukan memakai gelang merah jambu berkenaan, tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema di sini. – Katanya.

Semalam orang Ipoh digemparkan dengan kejadian ini dan walaupun ia bukanlah gelang untuk individu di kuarantin, ini menunjukkan orang kita dah jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Ini juga adalah tanggungjawab kita untuk melaporkan apa-apa situasi yang mencurigakan agar perkara buruk tidak berlaku.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas