Connect with us

Oh! Media

Waktu Operasi UTC di Beberapa Kawasan Sehingga 10 Malam

Utcjpg

Oh! Lifestyle

Waktu Operasi UTC di Beberapa Kawasan Sehingga 10 Malam

Setelah mendapatkan maklum balas daripada orang ramai, akhirnya Kementerian dalam satu kenyataan mengumumkan semula waktu operasi bagi Pusat Transformasi Bandar, UTC di beberapa lokasi tertentu akan dibuka sehingga jam 10 malam.

Waktu baharu itu akan berkuatkuasa pada 22 Februari ini dan ia akan membabitkan tiga UTC di Shah Alam, Selangor; Keramat, Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan yang akan beroperasi dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis manakala dari 2.45 petang hingga 8 malam pada Jumaat.

Pada Sabtu dan Ahad, ketiga-tiga UTC tersebut akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

IKLAN

Bagi empat UTC lagi iaitu Alor Setar, Kedah; Johor Bahru, Johor; Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu, waktu operasi adalah dari 1 tengah hari sehingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan dari 8 pagi sehingga 5 petang pada Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, bagi 15 UTC lain yang beroperasi di seluruh negara, waktu operasinya adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, UTC kekal beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas