Connect with us

Oh! Media

Wah! Jom Pergi Sunway Putra Mall Sempena Bunga Bunga Raya

Branded

Wah! Jom Pergi Sunway Putra Mall Sempena Bunga Bunga Raya

Bila perayaan Hari Raya nak dekat, semua pusat membeli belah berlumba-lumba tunjukkan kehebatan masing masing untuk menarik pelanggan rakyat Malaysia serta pelancong dari luar negara. Tetapi Sunway Putra Mall ini lain daripada yang lain dekorasinya! Sungguh luar biasa. Dengan tema yang paling awesome, Bunga Bunga Raya mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk korang tau. Bolehlah ajak kawan-kawan dan keluarga korang datang beramai-ramai ke Sunway Putra Mall ini.

Korang tahu tak Bunga Bunga Raya tu apa sebenarnya? Yang paling best, ia bermula dari 3 mei sehingga 16 Jun di Main Concourse Level Ground Floor. Tema utama di Sunway Putra Mall ialah bunga orkid yang melambangkan kasih sayang, keindahan dan pengampunan. Wah! Okay, biar pihak Oh! Media jelaskan. Bunga Bunga Raya ni korang boleh dapatkan baju daripada pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi, VARIANTE, Salikin Sidek, PETRA, EMEL dan Natasha Ameer. Haaaa yang mana tengah cari baju raya tu bolehlah beli di Sunway Putra Mall ini. Lagipun, dekat sini ada juga pameran daripada pereka fesyen tempatan yang akan memaparkan koleksi Raya tradisional.

Bukan sahaja baju daripada pereka fesyen tempatan, fesyen pakaian dan aksesori oleh Rumah Kebaya Bangsar, Abas & Sal Batik dan lain-lain pun ada tau di East Wing Level Ground Floor. Menarik kan? Tetapi ada lagi menarik sebenarnya, di Kraftangan Bazaar, East Wing Level 2 pula terdapat koleksi batik buatan tangan, cenderahati yang indah dan barangan hiasan.



Lebih-lebih lagi, korang kena dapatkan daripada pelbagai jenis produk kosmetik tempatan terkemuka seperti Syed Dewa dan Kosmetik NR di Beauty Corner West Wing Level Ground Floor terutamanya yang perempuan. Perempuan suka makeup kan? Boleh juga kalau lelaki nak hadiahkan untuk ibu korang ke isteri korang ke sempena Hari Raya ni kan? Mesti diaorang suka! Di hujung minggu akan mengadakan Beauty Makeover Sessions secara live oleh jenama-jenama ni untuk mereka yang ingin mendapatkan Glam look semasa di Hari Raya.

Tambahan pula, pasar bunga oleh Petals2U di Main Concourse Level Ground Floor menjual pelbagai warna dan bunga yang segar untuk menceriakan lagi rumah korang. Korang nak hadiahkan untuk ibu korang pun boleh tau sempena hari Ibu.

Juga, cuba cari promosi “Let’s Eat and Jom Iftar” di Selera Street Level 4 yang boleh membuat korang air liur meleleh tau sebab harga yang tak masuk akal dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang hanya RM10 sahaja lunch set untuk seorang. Manakala, yang berpuasa pula dari pukul 7 malam hingga 10 malam, korang boleh berbuka dan dapatkan promosi dari pelbagai restoran seperti Kaw Kaw Burger, Simply Chicken, Subway, Sarawak Bowl dan banyak lagi tawaran sempena bulan Ramadhan ini. Untuk info lebih lanjut tentang promosi “Let’s Eat and Jom Iftar”, korang boleh klik di sini.

Sesiapa yang ada anak kecil boleh bawa mereka untuk menunjukkan kreativiti masing masing dengan menyertai Arts & Craft Workshop seperti Art of Weaving, Jewellary Making, Batik Art dan Rattan Crafts. Aktiviti ini akan membantu membenamkan generasi muda dalam kepentingan budaya Melayu.

Pusat membeli belah ini telah merangkumi beberapa aktiviti yang menarik pada hujung minggu dan Cuti Umum. Korang boleh join juga Kelas Pengaturan Bunga yang mana korang rasa berminat dan nak belajar cara teknik membuat pot bunga yang cantik! Best kan?

Korang akan dapat menebus satu set Paket Raya apabila korang membelanjakan sebanyak RM250 (RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC dan ahli Sunway PALS) dalam 2 resit atau makanan hidangan Raya ATAU pot bunga orkid dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC dan ahli Sunway PALS) dalam 3 resit.

Korang juga dialu-alukan untuk kongsi cerita Raya korang dengan upload gambar atau video korang di Instagram Sunway Putra Mall tag @SunwayPutraMall dengan hashtag #BungaBungaRaya serta #SunwayPutraMallRaya.

Akhir sekali, korang yang sibuk shopping untuk perayaan hari Raya, korang tak perlu susah payah keluar daripada pusat membeli belah untuk mencari masjid atau surau kerana di pusat membeli belah ini terdapat surau di Level 5. Surau ini boleh tengok pemandangan yang cantik dari atas tau, dihiasi dengan ala ala kehijauan dan motifnya untuk membuat korang tenang semasa melakukan solat. Surau yang bersaiz 3000sqm ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tempat mengambil wudhu yang berasingan dan surau bagi lelaki dan perempuan, malah ia juga akan dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jadi, korang tak perlu risau lah ya nak cari tempat untuk solat?




Kalau nak tahu info lebih lanjut tentang Bunga Bunga Raya ni korang boleh layari website Sunway Putra Mall di www.sunwayputramall.com atau ikuti Sunway Putra Mall di Instagram dan Facebook mereka.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas