Connect with us

Oh! Media

Vlogger Miliki Wajah Jelita Dan Comel Kantoi Rupa Sebenar Dalam Live

ohmedia filter2bwajahpng

Umum

Vlogger Miliki Wajah Jelita Dan Comel Kantoi Rupa Sebenar Dalam Live

Adoi! Tak dapat Ohmedia nak bayangkan perasaan kecewa lelaki-lelaki dan pengikut seorang gadis vlogger yang cantik ni apabila kantoi wajahnya yang sebenar semasa sedang rancak membuat live. Korang bayangkan bila kita mengikuti dan tertarik dengan seseorang itu kerana raut wajahnya yang sangat cantik, tetapi rupanya ia bukanlah seperti yang disangkakan.

Gadis cantik yang dikenali dengan nama Your Highness Qiao Biluo dari China itu dikatakan telah melakukan live dengan menggunakan satu aplikasi filter wajah yang boleh mengubah dari seorang yang tua kepada seorang yang muda.

Rata-rata pengikutnya sangat tertarik dengan perwatakan dirinya yang memiliki wajah yang comel dan suara yang kecil. Ini apa yang berlaku sewaktu mukanya yang sebenar kantoi.

IKLAN

Pada hari kejadian, gadis terbabit telah sedang giat mengumpul dana sebanyak 100,000 Yuan atau RM59,873 dan sekiranya dana ini dapat dicapai, dia akan mendedahkan wajahnya yang sebenar. Tapi sebaik sahaja dana telah mencapai 40,000 Yuan, secara tiba-tiba aplikasi filter yang digunakan menghadapi gangguan teknikal dan wajahnya yang sebenar terdedah.

Gadis berkenaan mula menyedari sesuatu tidak kena berlaku apabila jumlah orang yang mengikuti live berkuragan dan apa yang lebih menyedihkan adalah, apabila ramai penontonnya mula menarik semula sumbangan mereka dan rasa tertipu dengan identiti wanita yang sebenarnya berusia 58 tahun itu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas