Connect with us

Vivo Y50 Mungkin Dilancarkan Di Malaysia Pada Jun Ini, Dijana Dengan Cip Snapdragon 665

Umum

Vivo Y50 Mungkin Dilancarkan Di Malaysia Pada Jun Ini, Dijana Dengan Cip Snapdragon 665

Vivo Malaysia bakal melancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri Y iaitu Vivo Y50 di pasaran Malaysia mungkin pada bulan Jun ini. Model Vivo terbaru ini akan ditawarkan secara atas talian bersama spesifikasi pertengahan dalam lingkungan harga RM1099.

Spesifikasi yang ditawarkan pada Vivo Y50 ini berskrin sebesar 6.53 inci IPS LCD gais. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm SM6125 Snapdragon 665. Untuk memorinya pula, ia didatangkan dengan 6GB RAM dan juga storan sebesar 128GB. Vivo Y50 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 15W menggunakan USB port type-c.

Untuk kamera belakangnya, ia hadir dengan 4 lensa iaitu 13 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudur lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula didatangkan dengan 16 megapixel. Tarikh rasmi smartphone ini dilancarkan masih belum diumumkan lagi, bila dah dapat tahu nanti Ohmedia akan inform kepada korang okay gais.

Kredit : Vivo Malaysia | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top