Connect with us

Oh! Media

Vivo Perkenalkan IQOO Z1x Dengan Liquid Coolant Seakan Sebuah PC

5a7149cc 99d5 492f be12 f10b5a3f6f7ajpeg

Umum

Vivo Perkenalkan IQOO Z1x Dengan Liquid Coolant Seakan Sebuah PC

Vivo juga tak ketinggalan dan telah memperkenalkan satu lagi smartphone iaitu Vivo IQOO Z1x 5G secara rasmi baru-baru ini. Bagi korang yang kaki main game tu, ini mungkin salah satu smartphone terbaik yang korang boleh dapatkan sebab ia dikatakan mempunyai liquid coolant yang seakan sama dengan sebuah PC guys. Pergh! Siap dengan 120Hz refresh rate tau.

Smartphone terbaru dari Vivo ni menggunakan skrin sebesar 6.57 inci IPS LCD Full HD+ beresolusi 1080×2408 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Qualcomm Snapdragon 765G dengan memori sehingga 8GB RAM dan storage sehingga 256GB. Untuk bateri pula berkapasiti 5,000mAh bersama 33W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Vivo IQOO Z1x ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel. Ohmedia rasa smartphone ni pun dah memang puas giler kalau nak main game dan harga dia pun nampaknya takdelah mahal mana.

IKLAN

Kredit: Vivo China

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas