Connect with us

Vivo Lancarkan Y51s Dengan Sokongan Rangkaian 5G!

Umum

Vivo Lancarkan Y51s Dengan Sokongan Rangkaian 5G!

Vivo juga tak ketinggalan untuk keluarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri Y iaitu Vivo Y51s di China baru-baru ni guys. Apa yang menariknya, smartphone terbaru dari Vivo ni juga menyokong rangkaian 5G. Maklumlah, sekarang ni semua jenama smartphone yengah berlumba untuk keluarkan model yang menyokong 5G. Tapi apa yang sedihnya, di Malaysia kita masih belum sepenuhnya lagi menggunakan rangkaian 5G ni.

Vivo Y51s ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.53 inci IPS LCD beresolusi 1080×2340 pixel. Ianya dikuasakan dengan cipset Exynos 880 dengan menggunakan sistem Android 10. Untuk memori, ia hadir dengan 6GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri smartphone ni didatangkan sebesar 4,500mAh bersama 18W fast-charging menggunakan micro USB.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan trikamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Korang rasa berapakah harga yang ditawarkan pada vivo Y51s ni ya? Apapun, kita tunggu sehingga diumumkan sendiri Vivo Malaysia nanti.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Vivo di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top