Connect with us

Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

Umum

Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

Kali terakhir Malaysia terima kes virus polio pada 1992. Selepas 27 tahun kita dikatakan bebas dari virus ini, akhirnya Malaysia telah dikejutkan dengan 1 kes virus Polio apabila seorang bayi lelaki dari Tuaran Sabah dilaporkan telah terkena virus bahaya ini.

Ini dilaporkan oleh KKM Putrajaya di laman Twitter mereka dan bayi yang baru berusia 3 bulan itu mengalami demam dan lemah anggota badan. Bayi berkenaan ditempatkan di ICU dan disahkan terkena jangkitan vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Virus ini dikatakan adai kaitan seperti kes di Filipina iaitu virus polio.



Hasil siasatan pihak kesihatan di kawasan kediaman bayi ini juga mendapati seramai 23 daripada 119 kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Situasi ini amat membimbangkan dan khuatir virus ini akan terus tersebar. Untuk maklumat korang, hanya dengan imunisasi polio sahaja boleh melawan virus ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top